Friday, September 26, 2008

Kempen Pembangunan Ummah Anjuran Usahawan Bimbingan, Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan Pertanian.



“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi..”-Surah Al-Baqarah ayat 168.

Sebagaimana yang kita tahu, pengeluar produk makanan pada masa ini rata-ratanya bukanlah masyarakat bumiputra. Dengan itu kadang-kadang cara penyediaan dan penyimpanan produk dilakukan dengan sambil lewa tanpa memikirkan aspek kebersihan dan halal haram bahan campuran dalam produk tersebut.

Lebih menakutkan lagi, produk makanan pada masa kini dicampur dengan bahan kimia untuk menarik perhatian dan menjadikannya lebih tahan lama. Penggunaan bahan pengawet dan pewarna tiruan adalah sangat tidak baik untuk kesihatan kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti kanser yang memudaratkan kesihatan.

Kini dengan wujudnya Syarikat GunungSenyum Enterprise, anda tidak perlu risau lagi tentang keselamatan, kebersihan dan halal haram produk makanan yang anda sukai. Tertubuhnya GunungSenyum Enterprise ini adalah hasil bimbingan daripada Jabatan

Pertanian Malaysia yang telah membimbing dan melatih usahawan-usahawan bumiputra agar lebih maju dan dapat menghasilkan produk makanan yang lebih baik dan terjamin keselamatan, kebersihan serta halalnya makanan tersebut.


Chef Amir Bin Hj.Jamalukhair, Usahawan Bimbingan; Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan Pertanian.



Pengiktirafan dari Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia


Pengiktirafan dari Institut Kebersihan Makanan Makmur


Pengiktirafan dari Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan Pertanian Malaysia


Syarikat ini adalah milik usahawan bumiputra 100% dengan diketuai oleh Chef Amir bin Hj.Jamalukhair dibantu oleh En. Wan Noraizuddin B. Wan Ahmad. Kekuatan pada produk yang dihasilkan adalah, ia hanya menggunakan bahan-bahan segar 100% dan langsung tidak menggunakan bahan kimia pengawet dan pewarna tiruan.

Produk ini tahan lama, hanya dengan menggunakan konsep sejuk beku seperti yang dibimbing oleh Jabatan Pertanian Malaysia, ia juga dijamin halal serta bermutu tinggi dan baik untuk kesihatan kerana mempunyai kandungan protein yang diperlukan oleh badan.

Antara produk yang dikeluarkan oleh GunungSenyum Enterprise :



Produk Utama :

• Bebola ikan.

Produk-produk akan datang :

• Bebola ikan keli
• Bebola ayam
• Bebola daging.



Untuk tempahan, sila hubungi 019-9238523.

“MAKANAN YANG HALAL ITU BERKAT”
Dipetik dari KOSMO. Terutama kepada penggemar bebola ikan di Kepala Batas.

KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram. Ini kerana sebuah kilang di sini perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.

Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.

Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.

Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.

"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah.

"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor.

Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.

Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.

Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.

Oleh RIZAM ZAKARIYA
Kosmo!






IDERIS Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan diKepala Batas, Pulau Pinang semalam





IDERIS Mohamad menunjukkan daging dan perut khinzir yang disimpan bersama bahan mentah lain termasuk ikan di sebuah kilang di Kepala Batas, PulauPinang semalam.















IDERIS berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan di Kepala Batas semalam.

Bebola ikan dicampur darah haiwan’

Berita Harian, 3 Sept 2003

KOTA BHARU: Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (Pelindung) mendedahkan ada pengusaha bebola ikan di negeri ini menggunakan campuran darah haiwan untuk menghasilkan makanan kegemaran ramai itu.
Presiden Pelindung, Ahmad Othman, mendakwa setakat ini ada enam pengusaha bebola ikan di negeri ini yang memiliki kilang mengeluarkan bahan makanan.

Beliau berkata, daripada tiga pengusaha Melayu, hanya seorang saja yang memiliki sijil tanda halal mengeluarkan makanan berkenaan.

“Mengikut kajian kita, ada beberapa pengusaha bebola ikan dipercayai mengambil darah haiwan untuk dijadikan serbuk palasma untuk dicampur dengan isi ikan sebelum dijadikan bebola pejal,” katanya.

Beliau bercakap kepada Berita Harian selepas menghadiri Seminar Pengguna anjuran Pelindung dan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, di pejabat Kastam Diraja Malaysia (KDRM), di sini kelmarin.

Pentingnya makanan Halal untuk kesihatan

Makanan yang baik, lagi halal memberikan kesihatan kepada tubuh badan, sebaliknya makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan penyakit.
Islam mementingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya yang dimakan benar-benar membawa manfaat, bukannya kemudaratan.

Dalam hadis diceritakan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:

“Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.”

Justeru, sudah menjadi tanggungjawab orang Islam memastikan makanan yang dimakan setiap hari berkhasiat dan tidak tercemar untuk kesihatan dan tumbesaran tubuh badan.

Satu lagi aspek yang sangat diberikan perhatian dalam Islam ialah dari sudut halal atau haram. Islam menekankan aspek ini kerana melalui hukum halal haram membolehkan umatnya mengenal batasan, berdisiplin dan menjadi umat terbaik.

Dalam hadis diceritakan Tirmidzi, Nabi bersabda, maksudnya:

“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Makanan yang haram seperti haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak, bahan yang bercampur najis atau sumbernya daripada aktiviti tidak halal dibimbangi menyebabkan bahaya besar kepada mereka yang memakannya, iaitu:

* Mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga gemar melakukan kejahatan daripada kebaikan, sehinggakan berasa benci kepada aktiviti kebajikan.
* Doa tidak dimakbulkan Allah.
* Mendapat seksa neraka Allah pada hari akhirat kelak.

Begitupun, makanan yang bersih, berkhasiat malah halal sekiranya tidak menepati aturan pemakanan secara seimbang boleh mengundang padah, mengakibat bermacam-macam penyakit dan akhirnya diri yang merana.Menyedari perkara ini Islam tidak terlupa memberikan penekanan kepada gaya pemakanan, iaitu pemakanan secara seimbang dan tidak keterlaluan.

Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan contoh dalam perkara ini dan baginda begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda:

"Pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa".

Ini supaya apa saja bentuk makanan yang memasuki perut tidak terhenti dengan kelazatan dan kenikmatan yang dirasai, malah memberikan tenaga dan semangat kepada orang Islam untuk melakukan ibadat.

Dalam hubungan ini baginda s.a.w ada menyarankan umatnya supaya perut diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi dengan udara.Menyedari risiko pemakanan berlebihan mendatangkan penyakit, Islam dari awal lagi melarang amalan berlebih-lebihan.

Amalan yang digalakkan adalah bersederhana, malah dalam sebarang aktiviti umat Islam dianjurkan mengamalkan prinsip sederhana.Kebanyakan penyakit bermula daripada salah memilih makanan termasuk makan secara melampaui batas. Pakar kesihatan turut mengakui hakikat ini.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

“Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”

Justeru, makanlah sekadarnya sebagaimana yang disarankan oleh nabi iaitu makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Maksud tersirat di sini ialah bersederhana dalam pemakanan.Orang Islam yang prihatin dengan kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari pasti lahir dari dalam dirinya cahaya keimanan yang dapat membantunya menjaga kebersihan diri secara keseluruhan, baik tubuh badan, pakaian, kenderaan atau tempat tinggal.

Nyata, Islam tidak hanya membincangkan persoalan ibadat khusus, seperti solat, puasa, zakat dan haji, malah sebagai agama yang sempurna perbincangannya adalah menyeluruh, membabitkan semua disiplin kehidupan manusia, termasuklah ilmu kesihatan.

Ciri-ciri terbaik

1. KEWAJIPAN UMAT ISLAM PRIHATIN SEMASA MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN
• Cara prihatin :
Sedar bahawa Allah sentiasa tahu semua yang dilakaukan oleh makhluknya
Mengamalkan makan, minum, dan pakai untuk ibadat dan tujuan mendapat pahala
Berbangga dengan hasil titik peluh sendiri
Menanamkan sifat bangga dengan peraturan agama Islam dalah yang terbaik dan terlengkap

2. CIRI-CIRI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DENGAN YANG HARAM
• baik untuk kesihatan dan tidak memudharatkan
• tidak merosakkan akal
• menutup aurat bagi pakaian
• dari sumber yang halal seperti melalui jual beli yang sah / tanaman sendiri dll

3. HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK.
• Menjaga kesihatan badan
• Memelihara kewarasan akal
• Menjaga maruah diri
• Dimakbulkan doa

4. HUBUNGAN MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN DENGAN IBADAT
• Punca sahnya ibadat
• Doa mudah diterima
• Tidak menyalahi undang-undang

5. KELONGGARAN UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM
• Syarat :
Hanya terdapat makan atau minuman yang haram sahaja
Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa
Makan atau minum bukan untuk kenyang

6. HIKMAH KELONGGARAN UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM
• Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
• Memberi kelonggaran ketika dharurat kepada umat Islam untuk mnyelamatkan nyawa
• Melambangkan bahawa ajaran islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya

7. MENGENALPASTI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DAN HARAM
• Mengetahui sumber
• Mengetahui batas-batas syarak yang telah ditetapkan

8. SEBAB UMAT ISLAM PERLU MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL
• Menjaga maruah agama supaya diakui yang terbaik oleh agama lain
• Umat Islam akan dihormati kerana mengikuti peraturan syarak setiap masa
• Umat islam tidak mudah dirosakkan atau dipengaruhi
• Supaya ibadah-ibadah lain mudah diterima oleh Allah

9. HIKMAH MENJAUHI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HARAM
• Ibadah mudah diterima
• Menjaga kesihatan dari perkara-perkara yang merosakkan dan memudharatkan.
Makanan Genius Islam

Dikirim Oleh Ahmad Rushdi pada July 8th, 2008

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.

Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.

Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

Dengan makanan-makanan inilah dijadikan sebagai penawar penyakit-penyakit tertentu.
Jom kita Ikuti selanjutnya :

• Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”.

Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
Cara Minum : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

• Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Cara makan : i) Menghadap Kiblat ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii) Baca doa penerang hati iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

• Susu Segar - Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat.

Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. Cara minum : i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.

• Telur- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

• Halia - Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. Cara Makan : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

• Limau Oren - Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

• Buah Delima - Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

• Daging Burung Merpati - Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

• Otak Ayam - Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

• Daging Ayam - Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang tertinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

• Daging Biri-Biri - Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

• Hati - Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

• Kekacang - Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

• Buah Badam - Untuk meningkatkan kecerdasan.

• Za’faran : Komkoma ( Crocos Sativus ) - Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.

• Kemenyan Putih ( kemenyan serani/luban/kundar ) - Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

• Bunga Kobis - Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

• Bunga Cengkih - Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

• Labu - Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w,”Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata,”Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

• Buah Kedekai ( Majalawi ) - Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

• Minyak Sapi - Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

• Sayur-sayuran dan buah-buahan segar - Juga membantu meningkatkan akal dan memori.
Sumber halal bentuk peribadi mulia ummah ke arah lebih terbilang

INTI pati Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan pemakanan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan Muslim untuk memilih makanan, sumber mendapatkan makanan, jenis makanan dan juga adab makan.

Makanan mempunyai pengaruh besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman serba moden, kita sering dilalaikan dengan memilih makanan bertujuan pertumbuhan jasmani saja, tetapi lupa mencari makanan seimbang untuk pembentukan lahiriah dan rohaniah.

Bagaimana hubungan rohani dengan makanan dan juga kesihatan? Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu semula jadi dari hati, berhubung keperluan hidup iaitu jantung dan otak manusia.

Selaras dengan itu, ketiga-tiga unsur penting ini memerlukan kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat terbaik untuk tubuh badan manusia.

Di sini jelas menunjukkan kepentingan makanan dan minuman yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan hati, jantung dan otak, organ penting di dalam jasad manusia dalam pembangunan jasmani dan rohani mengikut acuan berlandaskan lunas Islam.

Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi badan. Bahkan, Islam juga memandang hati mempunyai peranan besar di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”. (Hadis riwayat Bukhari)

Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia.

Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang.

Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.
Meskipun makanan itu baik, unsur halal perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita keseluruhannya.

Batas yang baik itu sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana makanan itu bukan saja halal, tetapi juga baik seperti faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam agama.

Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya.

Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”

Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga makanan yang disuap ke mulut kita.
Perut dipenuhi makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa. Seharusnya pengajaran hadis Rasulullah dijadikan iktibar untuk kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.

Perincikan di mana salah kita, pekerjaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mungkin hati yang kotor akan dikabulkan doanya, perut terisi makanan haram dapat menjelmakan peribadi yang salih?
Pemakanan sihat dan seimbang mampu memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit memudaratkan. Pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang dan optimum dapat mengekalkan kesihatan jasmani.

Apabila tubuh kuat dan sihat, kita dapat melakukan pekerjaan atau rutin harian dengan sempurna sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.
Daripada bab memilih makanan yang baik, Islam juga menggariskan adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengamalan seharian.

Adab sebelum dan selepas makan, ketika makan dan adab makan bersama tetamu, semuanya digariskan Islam melambangkan kesyumulan dalam melahirkan generasi berkeperibadian mulia dan beradab.
Walaupun makanan bukan punca kepada segala penyakit, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu menjaga pemakanan lebih baik daripada mengubat penyakit disebabkan daripada pemakanan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kekenyangan”.
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang sesuai diamalkan dalam kehidupan di mana kita sering mengambil makanan mengikut nafsu dan bukannya makan mengikut keperluan.

Sebab itulah masyarakat selalu berhadapan masalah kesihatan berkaitan makanan seperti kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung. Pemakanan seimbang mengambil kira keperluan untuk tubuh, usia dan kegiatan harian.

Ibnu Sina di dalam Al Qanun Fi al-Tibb menyarankan kita mengelak daripada makan dengan kenyang sehingga tiada ruang untuk baki makanan lain di dalam perut.
Berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman akan membawa kepada kesukaran penghadaman makanan oleh perut dan sistem ini akan ditimpa pelbagai penyakit.

Contohnya, kegemukan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti malas, tidak cergas dan tidak sempurna dalam pekerjaan. Kesannya lebih teruk jika penyakit itu melarat dan boleh membawa maut.

Namun perlu diingatkan, berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman juga akan membawa kepada berbelanja yang lebih dan menyebabkan kepapaan.
Sikap boros bukan satu sikap yang dipuji dalam Islam, malah ia adalah sikap syaitan.

Pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatannya bahkan cemerlang akhlak sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh.
Pengaruh Makanan pada Perilaku

Setiap orang beriman diperintahkan Allah SWT untuk sentiasa mengetahui makanan yang halal dan baik (mengandung gizi dan vitamin yang cukup). Dua hal tadi --makanan halal dan baik-- di samping akan menyebabkan terjaganya kesihatan jasmani, juga akan semakin mendorong meningkatkan kualiti takwa dan syukur kepada Allah SWT.

Hal ini sebagaimana dinyatakan di dalam Al-quran surat Al-Baqarah ayat 172, ''Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.''


Sebaliknya, makanan yang haram, baik isi kandungan mahupun cara mendapatkannya, meskipun secara lahiriyah mengandung gizi dan vitamin yang cukup, akan menumbuhkan perilaku yang buruk dan merosak, baik bagi dirinya mahupun bagi keluarganya di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Sabda Rasulullah SAW, ''Setiap daging yang tumbuh dari barang yang haram, maka neraka lebih utama baginya.'' Ertinya, makanan yang haram itu akan mendorong perilaku yang jahat, yang menyebabkan kecelakaan yang bersifat abadi di akhirat nanti.

Benda-benda yang haram, baik makanan mahupun binatang, sangatlah mudah untuk diketahui, kerana jumlahnya sangat sedikit dan hampir semua orang memakluminya. Misalnya dinyatakan dalam firman Allah surat Al-Baqarah ayat 173, ''Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah ....''

Tetapi, yang lebih memerlukan perhatian, fikiran, hati, dan keimanan adalah menentukan cara mendapatkan makanan atau rezeki yang bersih dan halal. Misalnya tidak melalui penipuan, rasuah, dan cara-cara batil lain

Allah SWT berfirman, ''Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa padahal kamu mengetahui.'' (Al-Baqarah: 188).

Bahkan, doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT oleh seseorang meskipun bersungguh, akan tetapi orang itu bergelumang dengan makanan, minuman, pakaian, dan juga pemenuhan keperluan sehariannya dengan cara-cara yang haram, maka doanya pasti tidak akan dikabulkan-Nya. (HR Muslim).

Dalam hadis lain juga dikemukakan bahawa kemabruran (diterima) dan kemardudan (ditolak) haji yang dilakukan oleh seseorang sangat bergantung pada tanggungan yang digunakan. Sumber ibadah haji yang halal akan menyebabkan haji yang mabrur, sebaliknya sumber haji yang datang dari sesuatu yang haram akan menyebabkan haji yang mardud.

Demikian pula perangai anak keturunan seseorang ditentukan oleh makanan yang dimakannya. Oleh kerana itu, orang-orang yang beriman pasti akan selalu berusaha mendapatkan rezeki yang halal, agar perilakunya istiqamah dalam kebaikan. Wallahu a'lam.
Hikmah memakan makanan HALAL

July 19, 2008
Posted by nikmj in General, Personal, islam.
Tags: hikmah memakan makanan halal islam


Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Allah bersih, Dia tidak menerima kecuali amalan yang juga bersih.
Sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin dengan perkara yang Dia suruh para Rasul, maka dia berfirman yang bermaksud: Wahai sekelian Rasul, makanlah makanan yang baik-baik dan kerjakan amalan soleh. Sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Firmannya lagi yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah kamu daripada rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepada kamu.

Kemudian Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya lagi berdebu dia menadah kedua tangannya ke langit memohon doa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dibekalkan dengan bahan-bahan yang haram, maka bagaimana doanya diperkenankan. (riwayat Muslim, Kitab:al-Zakat, 1015).

Makanan yang Halal

Halal ertinya boleh, jadi makanan yang halal ialah makanan yang dibolehkan untuk dimakan menurut syariat Islam.
Segala sesuatu baik berupa tumbuhan, buah-buahan ataupun binatang pada dasarnya adalah halal dimakan, kecuali apabila ada nas al-Quran atau hadis yang mengharamkannya.

Ada kemungkinan sesuatu itu menjadi haram kerana memberi mudarat bagi kehidupan manusia seperti racun, barang-barang yang menjijikkan dan sebagainya.

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya beribadat kepada-Nya. (al-Baqarah: 172)

Firman Allah SWT yang bermaksud: Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang sangat nyata bagi kamu. (al-Baqarah : 168).

Firman Allah yang bermaksud: Menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk. (al-A’raf : 157)

Rasulullah SAW, pernah ditanya tentang minyak sanin, keju dan kulit binatang yang dipergunakan untuk perhiasan atau tempat duduk. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang dihalalkan oleh Allah dalam Kitab-Nya adalah halal dan apa yang diharamkan Allah di dalam Kitab-Nya adalah haram, dan apa yang didiamkan (tidak diterangkan), maka barang itu termasuk yang dimaafkan”. (riwayat Ibnu Majah dan al-Tarmidzi).

Berdasarkan firman Allah SWT dan hadis Nabi SAW, dapat disimpulkan bahwa jenis-jenis makanan yang halal ialah:

Semua makanan yang baik, tidak kotor dan tidak menjijikkan.

Semua makanan yang tidak diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Semua makanan yang tidak memberi mudarat, tidak membahayakan kesihatan jasmani dan tidak merosak akal, moral, dan akidah.

Binatang yang hidup di dalam air, baik air laut maupun air tawar.

Jika diperhatikan dengan penuh teliti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW di atas, secara langsung menyuruh orang Islam memilih makan yang halal dan yang baik. Malahan perintah ini bukan sahaja ditujukan kepada orang awam malahan suruhan itu terlebih dahulu memerintah para Nabi dan Rasul a.s supaya beriltizam dengan sumber yang halal.

Ungkapan “halal lagi baik”, maksudnya halal dari sudut sifat makan itu dan baik bermaksud makanan yang berzat. Ini bertujuan supaya apabila makanan itu dimakan, ia bukan sahaja mengenyangkan dan pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan jasad manusia dari sudut mineral dan vitaminnya.

Ini bermaksud Islam menganjurkan penganut mengamalkan sistem pemakanan yang seimbang.
Makanan yang halal dan berkat ada kaitannya dengan perangai dan tingkah manusia. Makanan yang halal dapat menjana kekuatan jiwa manusia, juga dapat mempertingkatkan produktiviti seseorang.

Saya juga yakin bahawa makanan yang halal dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia dan insan yang patuh dan tunduk pada perintah Allah SWT.
Tiga bahaya besar jika makanan tidak halal

Berita Harian, 23 Apr 2003
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

KEPENTINGAN memilih makanan dan minuman yang bersih serta halal, sangat dititikberatkan dalam Islam. Ini bertujuan memastikan makanan dan minuman itu tidak memudaratkan manusia.

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya pada masa yang sama, perhatian perlu diberi terhadap kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.

Sabda Rasulullah, yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam begitu menitikberatkan kesihatan umatnya. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin kepada kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari, pasti akan lahir dalam dirinya nur keimanan yang membantunya menjaga kebersihan diri secara keseluruhan termasuk pakaian, tempat tinggal dan tubuh badan.

Dalam ibadat asas agama itu sendiri iaitu solat, aspek terpenting yang ditekankan ialah kebersihan diri. Allah tidak akan menerima solat hamba-Nya dalam keadaan kotor dan hina. Ini sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Hibban iaitu: “Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.”

Pemilihan makanan bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah.

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka sesiapa yang dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nahl, ayat 114-115).

Makanan yang haram sama ada ia daripada bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan punca yang tidak halal, akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya.

Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar membuat kejahatan dan maksiat serta benci kerja kebajikan dan ketaatan. Kedua, sebarang doanya tidak akan dimakbulkan Allah. Ketiga, dia akan mendapat keseksaan neraka Allah pada hari akhirat kelak.

Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan seseorang daripada dijangkiti penyakit.

Rasulullah begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda, pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa. Ini supaya apa saja bentuk makanan yang masuk ke dalam perut, bukan saja dapat dinikmati kelazatan dan nikmatnya, malah membolehkan seseorang itu melakukan ibadat dengan tenaga dikeluarkan.

Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan metod ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia. Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.

Dari aspek adab pemilihan makanan pula, mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka dari tin yang berkarat, makanan layu dan sebagainya. Kita memakan sesuatu jenis makanan untuk mendapat sejumlah tenaga yang mencukupi daripada zat yang terkandung didalamnya.

Islam dan ilmu kesihatan begitu rapat hubungannya. Makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut seseorang bayi adalah susu ibunya. Selain terjamin kebersihan dan suci dari segi syariat, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang di antara seorang ibu dan anaknya.

Akhlak yang bakal dijelmakan oleh anak itu adalah melalui susuan ibunya. Tabiat si penyusu akan dipindahkan kepada anak yang menyusu. Jika salihah si ibu yang menyusukan, Insya-Allah akan lahir anak yang berakhlak mulia dan terpuji. Sebaliknya, jika minuman awal yang diberi kepada bayi itu daripada susu haiwan, dikhuatiri akhlak bayi akan menjadi sebaliknya.

Islam juga melarang amalan berlebih-lebihan dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman, malah yang digalakkan adalah sifat bersederhana ketika makan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.”

Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”

Justeru, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.

Sementara ‘berhenti sebelum kenyang’ pula membawa hikmah besar, iaitu jika seseorang makan dalam keadaan gelojoh dan lahap, pasti ia sukar berhenti. Ini kerana seleranya tidak dapat dikawal lagi. Apabila seseorang itu sudah sendawa, ia menunjukkan perutnya sudah cukup dengan isi yang diperlukan oleh tubuh, untuk diproses dan ditukar menjadi tenaga. Tetapi apabila perut terus diisi dengan makanan sehingga terlalu sarat, sukarlah ‘kilang’ dalam perut untuk memprosesnya.

Hakikatnya, Allah begitu murka kepada hamba-Nya yang suka melampau batasan, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan. Mereka yang melampau batas akan dibalas Allah dengan pelbagai jenis penyakit, sama ada ia menimpa individu tertentu atau menyerang manusia secara keseluruhan.

Harus kita insaf bahawa kelalaian dan kealpaan kita mengurus dengan baik segala nikmat dan anugerah kurniaan Allah, akan membawa padah kepada diri kita sendiri.
Makanan halal, bersih sempurnakan ibadat

April 17th, 2007 •
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

PEMBONGKARAN media massa mengenai penipuan penggunaan logo halal dan betapa bahan makanan haram dijual sebagai ‘halal’ di pasaran di negara ini, dari semasa ke semasa membuktikan masalah ini bukan isu baru.
Isu halal haram ini berkisar kepada tiga perkara asas iaitu :

1. Sikap pengguna beragama Islam terhadap nilai halal haram makanan yang dibeli.
2. Sikap penjual sama ada mereka menghormati pantang larang orang Islam
3. Penguatkuasaan dari segi tindakan dan undang-undang, sama ada mencukupi untuk membendung perbuatan menipu logo halal.

Ramai kalangan kita yang suka memilih makanan kegemaran mengikut kemampuan, keinginan dan selera masing-masing. Ada hanya melihat kelazatan dan khasiat yang akan diperoleh tanpa meneliti sejauh mana ia sesuai untuk dimakan, terutama dari segi kebersihan dan kehalalannya menurut syariat agama.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.’ (Hadis riwayat Muslim)

Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan aspek kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya’ (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam begitu menitikberatkan soal kesihatan umatnya.
Seseorang insan mukmin yang sentiasa prihatin soal kebersihan dan kesucian makanan setiap hari, maka pasti akan lahir nur keimanan dalam dirinya untuk turut sama menjaga kebersihan diri secara keseluruhannya termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan dan sebagainya.

Dalam ibadat asas iaitu solat, aspek terpenting ditekankan ialah perihal kebersihan diri. Allah SWT tidak akan menerima solat hambanya yang beribadat dalam keadaan kotor dan hina.

Ia sesuai dengan maksud hadis Rasulullah: ‘Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.’ (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Firman Allah yang bermaksud: Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah .

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah . Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang. (Surah al-Nahl, ayat 114-115)

Makanan yang haram, sama ada ia daripada bahan yang dicampur najis dan benda syubhah atau daripada punca yang tidak halal dan syubhah, maka pasti akan datang tiga bahaya besar kepada si pemakannya.

• Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa seseorang sehingga dia berasa lebih gemar melakukan kejahatan dan maksiat serta bencikan kerja kebajikan atau ketaatan.
• Kedua, sebarang doanya tidak akan dimakbulkan Allah
• Ketiga, ia akan menyebabkan dia mendapat keseksaan neraka Allah di hari akhirat kelak.

Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya sebagaimana disarankan oleh Islam. Makanan seimbang umpamanya akan dapat menghindarkan diri seseorang itu dari dihidapi penyakit.

Rasulullah SAW menyarankan supaya perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Bertepatan dengan metod ilmu Sains dan Kesihatan, itulah sebenarnya yang sesuai dan perlu diamalkan setiap manusia.

Jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah SAW itu, sudah pasti kita bukan saja akan dapat merasa nikmat kenyang, tetapi juga hidup akan mendapat rahmat dan keredaan Allah .

Dari aspek adab pemilihan makanan pula, insan mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka, dari tin sudah berkarat dan makanan yang telah layu.

Islam dan ilmu kesihatan begitu intim. Sejak dilahirkan, bayi diberi susu ibunya yang terjamin kebersihan dan sucinya dari segi syariat. Susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang antara ibu dan anaknya.

Selain adab makan dan memilih makanan, Islam turut melarang berlebih-lebihan dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang dipenuhi dan ketat dengan makanan yang halal.’
Banyak jenis penyakit bermula daripada salah memilih makanan termasuk makan secara melampaui batasan.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.

Allah SWT murka kepada hambanya yang suka melampau batasan termasuklah dalam soal pemilihan, adab dan cara makan. Balasannya, Allah akan menurunkan pelbagai jenis wabak penyakit, sama ada ia menyerang manusia secara keseluruhan atau individu tertentu yang mana puncanya adalah kelalaian dan kealpaan menikmati kurniaan Allah SWT.
Mencari rezeki untuk hidup adalah satu tuntutan atau kewajipan ke atas setiap manusia, bagi memenuhi keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain, untuk diri sendiri dan orang yang dibawah tanggungjawabnya.

Namun apa yang penting hendaklah rezeki yang di perolehi itu dari sumber yang halal, baik serta diberkati oleh Allah SWT.
Oleh itu, dalam kita mencari rezeki samada sebagai seorang pekerja, peniaga, pengusaha dan sebagainya hendaklah mengamalkan sifat jujur dan amanah, tekun dan sabar dalam pekerjaan yang dilakukan.

Apatahlagi orang yang bekerja itu bukan hanya akan mendapat hasil dari usahanya, malah akan di beri ganjaran oleh Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya".
(Riwayat Al-Imam Al-Sayuti)

Dalam menentukan makanan dan minuman kita itu halal, kita hendaklah memastikan tiga perkara:

Pertama - makanan dan minuman kita hendaklah dari benda-benda yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Kedua - Disediakan mengikut cara yang dituntut oleh syariat Islam.

Ketiga - Memastikan rezeki tersebut daripada sumber yang halal.

Kita hendaklah sentiasa berwaspada dan memastikan apa yang kita makan dan minum dan apa yang kita berikan kepada isteri dan anak-anak kita adalah dari sumber yang halal.

Marilah kita renungkan sebuah hadis yang bermaksud :
" Seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut-masai rambutnya dan kotor pakaiannya, menadah tangan ke langit sambil berdoa : " Ya Tuhanku!, Ya Tuhanku!, tetapi makan minumnya dari yang haram. Pakaiannya dari yang haram. Bagaimanakah hendak diterima doanya?."
(Riwayat Muslim)

Walaupun dia seorang musafir itu merupakan doa yang mustajab, yang tidak akan ditolak oleh Allah SW, namun akibat pemakanan dan perbelanjaan dari sumber yang haram seperti judi, perniagaan atau pelaburan berunsurkan riba' dan gharar, mencuri, menipu orang lain dan juga kerja-kerja yang bersangkutan dengan perkara yang dilarang agama, maka menyebabkan Allah SWT tidak menerima doanya.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad :
" Sesungguhnya tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh dari sumber yang haram, sebaliknya nerakalah tempatnya yang lebih utama."

Allah SWT sebenarnya telah menetapkan garis panduan bagi umat Islam dalam memilih pemakanan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah SWT pastinya mempunyai hikmah dan kebaikan untuk umat manusia.

Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl ayat 114 :
" Oleh itu, makanlah daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal dan bersyukurlah akan nikmat Allah, Jika benar kamu menyambahNya semata-mata."

Allah SWT memerintahkan kita bukan sahaja memakan makanan yang halal, tetapi makanan yang baik juga. Apa yang dimaksudkan dengan baik disini adalah makanan berkhasiat dan berzat untuk kesihatan.
Dalam hal ini, telah diperkatakan oleh pakar pemakanan tentang makanan yang membawa kesihatan kepada tubuh badan kita dan makanan yang membawa mudarat. Antara makanan yang sihat adalah makanan dari tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan yang membawa mudarat pula, adalah makanan yang di haramkan oleh Allah SWT. Oleh itu Islam menggalakkan kita agar menjaga kesihatan dan Islam juga menganjurkan kita makan bukan sahaja yang halal, tetapi yang baik dan berkhasiat.
Jesteru, seseorang muslim yang prihatin dan mengambil berat terhadap pemakanan perlu memastikan setiap makanan dan minuman kita adalah dari sumber yang halal dan baik serta disediakan mengikut cara yang ditetapkan syarak.

Berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk memastikan bahawa makanan kita adalah halal. Antaranya adalah dengan memastikan bahawa makanan kita adalah halal. Antaranya adalah dengan memastikan bahawa makanan tersebut bertanda halal yang sah dan diiktiraf oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.

Di samping itu juga, kita perlu membiasakan diri membaca kandungan barangan yang kita beli dan tarikh luput barang tersebut. Kita perlu tahu apa yang kita masukkan ke dalam perut kita, kerana makanan akan mempengaruhi kehidupan, perwatakan dan pemikiran kita.
Bagi makanan yang sudahpun mempunyai logo halal dan yang sah dan diiktiraf, membaca kandungan makanan yang dibeli akan lebih menjadikan kita penggunan yang mempunyai kesedaran. Bukan setiap pengguna yang hanya tahu membeli sahaja.

Jika kita ragu-ragu terhadap sesuatu makanan, samada ia halal atau tidak maka adalah lebih baik kita tidak memakannya.
Inilah panduan Islam sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari :
" Tinggalkan apa yang mencurigakan kamu kepada apa yang tidak mencurigakan kamu. "

Sabdanya lagi :
" Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itupun nyata (terang). Dan diantara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran yang tidak diketahui akannya oleh ramai manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah ia ke dalam perkara yang haram."

Ingatlah, bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat buruk kepada dirinya seperti rezeki yang diperoleh tiada keberkatan didalamnya, hilang kepercayaaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doa-doanya, akan mendapat tempat yang hina disisi Allah SWT dan dimasukkan ke dalam api neraka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Dari Khaula Al-Ansariah ra, ia berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Bahawasanya orang yang mencampur-adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak."
(Riwayat Al-Bukhari)

(Al-Baqarah:168)
" Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di muka bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu."

MAKANAN YANG BERKAT

Sama ada disedari atau tidak, kadang-kadang seseorang itu tidak merasa kenyang walaupun ia makan banyak. Sebaliknya ada pula orang yang makan sedikit tapi sudah merasa kenyang. Dalam hal ini, ia antara lain, tentulah bergantung kepada berkat tidaknya makanan yang dimakan itu. Ia berkat kerana membaca Bismillah, membasuh tangan sebelum makan, membaca doa sebelum dan sesudah makan, membaca doa sebelum dan sesudah makan, makan dengan tangan kanan dan makanannya pula halal dan bersih dari perkara syubahat.

Selain itu sebelum dan sesudah makan sentiasa dalam berwudhu. Ka'ab bin Malik menceritakan melalui hadis riwayat Imam at-Tirmizi : " Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjilat jarinya ( sesudah makan ) tiga kali". Baginda melakukan demikian kerana kita tidak tahu di jari mana yang berkat rezeki Allah sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud : " Apabila salah seorang dari kamu selesai makan, maka jilatlah jari-jarinya ( jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari ) kerana dia tidak tahu dimana satu keberkatan ( rezeki Allah ) ( Hadis riwayat Imam Muslim )

Aisyah Ummul Mu'minin Radhiallahu Anhu bercerita maksudnya : " Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam memakan sesuatu makanan bersama enam orang sahabat. Tiba-tiba datang seorang Arab dusun, lalu ia turut serta memakannya dua suap. Maka Nabi Sallalahu 'Alaihi Wasallam bersabda : Sekiranya ia membaca Bismillah, tentu makanan itu cukup untuk kamu semua".

[ Diriwayatkan oleh Abu Bakar, Muhammad bin Abban, dari Waki', dari Hisyam al-Distiwai, dari Budail bin Maisarah al-Uqaili, dari Abdullah bin 'Ubaid bin 'Umair dari Ummu Kalsum]

Dari sudut kesihatan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam memberi panduan supaya kita tidak makan melebihi keperluan tubuh sehingga perut buncit kerana terlalu kenyang. Sabda Baginda maksudnya : "Manusia jangan memenuhkan perutnya kerana yang demikian itu tidak baik bagi perut. Cukuplah bagi manusia itu makan beberapa suap yang sekira-kira dapat menegakkan tulang punggungnya. Apabila ia terpaksa makan lebih dari itu, hendaklah perutnya itu dibagi tiga.Sepertiga diisi makanan, sepertiga diisi air, dan sepertiga diisi lagi untuk udara ( bernafas )" [ Hadis riwayat Ibnu Majah ]

Mengenai doa pula, dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhuma Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda. " Apabila seorang kamu memakan makanan maka hendaklah ia membaca : "Ya Allah ! Limpahkanlah keberkatan kepada kami dan berilah kami makanan yang baik daripadanya" [Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban ]

Dalam hadis lain diriwayatkan, bahawa Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam apabila telah selesai dari makan dan minum Baginda membaca : Maksudnya : " Segala puji bagi Allah yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami dan menjadikan kami termasuk golongan orang-orang Islam". [Hadis riwayat al-Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah dari Abu Sa'id Radhiallahu Anhum ].


Itulah antara akhlak Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam dalam perkara makan minum untuk menjadi panduan dan ikutan

Wednesday, September 24, 2008